Bijakkids Logo

ADAKAH ANAK TUAN PUAN BERSEDIA
UNTUK SBP, MRSM ATAU SMKA?

Persediaan PKSK untuk Murid Tahun 4,5,dan 6

Ramai anak mempunyai potensi. Tetapi hanya yang bersedia dan konsisten akan melangkah lebih jauh.
Persediaan tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia dibina secara berperingkat

Program ini merupakan pintu masuk kepada sistem persediaan berstruktur menghadapi PKSK

APA ITU PKSK & MENGAPA IA PENTING

PKSK Tingkatan 1

PKSK Bukan Sekadar Ujian Biasa

PKSK Tingkatan 1 ialah pentaksiran kemasukan ke Tingkatan 1 di sekolah-sekolah khusus seperti SBP, MRSM dan SMKA.

Sekolah Yang Biasanya Dikaitkan Dengan PKSK

SBP Sekolah Berasrama Penuh
MRSM Maktab Rendah Sains MARA
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Apa Yang Diuji Dalam PKSK?

Bahagian A

Komponen Sahsiah & Diri

  • EQ
  • SQ
  • SSQ
Bahagian C

Artikulasi Penulisan

  • Kemahiran menyusun idea, menulis dan menyampaikan pandangan dengan jelas.

Di Sini Sahaja Dah Nampak PKSK Ini Luar Biasa

PKSK bukan hanya menguji satu dua subjek. Ia menggabungkan pengetahuan akademik, kemahiran berfikir, sahsiah, emosi, komunikasi dan penulisan.

Masalahnya, ramai ibu bapa hanya mula buat persediaan apabila sudah hampir dengan tarikh PKSK. Ada yang mula panik dalam tempoh 2 hingga 3 bulan sebelum pentaksiran.

Hakikatnya, Persediaan Perlu Bermula Lebih Awal

Untuk membina asas yang kukuh, anak perlukan masa untuk faham format, biasa dengan soalan, latih cara berfikir dan tingkatkan keyakinan secara konsisten. Sebab itu persediaan awal lebih baik daripada persediaan saat akhir.

Sebagai ibu bapa, ini antara ketakutan paling besar

Anak belajar ikut hafal, bukan faham

Masuk sekolah menengah tekanan makin tinggi

PKSK / peperiksaan penting anak tak bersedia dari segi teknik

Ibu bapa dah berhabis duit tuisyen, tapi anak masih bergantung sepenuhnya pada cikgu

Masalahnya bukan anak tak pandai.
Cuma dia tidak tahu rahsia pelajar cemerlang

Masalah Sebenar Persediaan PKSK

Masalahnya Bukan Anak Tidak Pandai

Lebih tepat lagi, masalah utama berlaku apabila persediaan anak dibuat tanpa struktur, tanpa arah dan tanpa pemantauan yang jelas.

!
Tiada Sistem
!
Tiada Pemantauan
!
Tiada Disiplin Harian
!
Tiada Data Untuk Bertindak

Tanpa Struktur Yang Jelas, Usaha Menjadi Tidak Konsisten

Apabila tiada sistem, anak mungkin belajar hari ini, berhenti esok, kemudian sambung semula hanya apabila ibu bapa mula risau. Akhirnya, usaha menjadi tidak stabil dan sukar untuk diukur.

Anak juga mudah menjadi frust kerana dia tidak benar-benar faham apa yang sedang dia belajar, kenapa dia perlu belajar, dan bahagian mana yang perlu diperbaiki.

Lebih mencabar lagi, anak tiada support system yang dapat mendorong, membimbing dan menunjukkan cara belajar yang betul secara konsisten.

Sebab Itu Anak Perlukan Sistem, Bukan Sekadar Bahan Belajar

Bahan belajar sahaja tidak cukup. Anak perlukan susunan, pemantauan, disiplin, data dan bimbingan supaya persediaan PKSK menjadi lebih terarah.

Kalau dari sekarang anak tak kuasai teknik belajar,
bagaimana bila silibus makin susah nanti?

Rahsia Pelajar Cemerlang

Itu Sebab Saya Cakap...

Bukannya anak anda tak pandai.
Cuma dia belum tahu rahsia pelajar cemerlang.

Lebih Tepat Lagi, Masalah Anak Ialah:

Persediaan anak bukan sekadar perlu bahan belajar, tetapi perlu sistem yang jelas.

!
Tiada Sistem
!
Tiada Pemantauan
!
Tiada Disiplin Harian
!
Tiada Data Untuk Bertindak

Tanpa struktur yang jelas, usaha menjadi tidak konsisten.

Anak menjadi “frust” kerana dia tidak faham apa yang dia sedang “belajar”, kenapa dia perlu belajar dan bahagian mana yang sebenarnya perlu diperbaiki.

Dia juga tiada “support system” yang dapat mendorong, memantau dan membimbing dia cara belajar yang betul secara berterusan.

Di Sinilah Kami Hadir Untuk Membantu

Dan di sinilah saya, Cikgu Amir HT, bersama program KIBAD-KID-BOSS hadir untuk membantu menyelesaikan masalah tuan puan dan anak tuan puan dengan lebih tersusun, jelas dan konsisten.

Cikgu Amir HT KIBAD-KID-BOSS Sistem Pembelajaran Berstruktur

MEMPERKENALKAN KIBAD-KID-BOSS

APA ITU KIBAD-KID-BOSS?

Cikgu Amir ada penyelesaiannya. Satu sistem. Tiga komponen. Satu Matlamat

cikgu amir kibad

APA ITU KIBAD

Apabila anak mendaftar untuk program ini anda menyertai KIBAD.

KIBAD bermaksud Kelab Ibu Bapa Anak Lahir (Mengikut batch).

Contohnya , KIBAD14 bermaksud anak anda lahir tahun 2014.

Dalam KIBAD, ibu bapa dibimbing terlebih dahulu.

Mindset, peranan, disiplin, dan pemantauan bermula di rumah. 

APA ITU KID

KID bermaksud Komited Ingin Dibantu.

Ibu bapa dan anak yang bersedia mengikuti sistem, membuat tugasan dan naik level. 

Team Ibu dan Anak (TIDA) masuk KID pada level Saringan sebelum naik ke Level 1.

Kesemuanya ada 5 level yang akan mentransformasi ibu bapa dan anak

ingin dibantu
boss

APA ITU BOSS

BOSS bermaksud Bimbingan Online Semua Subjek mengikut format PKSK

  • Bahagian A – Kecerdasan Insaniah
  • Bahagian B – Kecerdasan Intelek
  • Bahagian C – Artikulasi Penulisan

Pendekatan yang digunakan adalah unik dan menarik iaitu:

  • Flipped Learning ( 20 video asas diberikan sebelum kelas bermula)
  • Live Zoom Class pada harga mampu milik iaitu RM5 sahaja
  • Follow-up dalam Group Telegram
  • Sistem level yang mencabar tetapi bersistematik dan berkesan.

Sistem ini direka untuk pembinaan berperingkat. 
Ia bukan program pecutan saat akhir.

Cara faham pelajaran dengan cepat

Cara ulang kaji yang betul (tanpa stress)

Cara belajar sendiri tanpa disuruh

Persediaan mental & teknik untuk ujian PKSK

FORMULA KEJAYAAN 3S + D

Disiplin Tidak Berlaku Secara Kebetulan

Semangat
Sikap
Sistem

Dan teras utamanya : Disiplin Diri

Program ini membentuk disiplin belajar secara konsistem melalui struktur yang jelas dan pendekatan yang terbukti berkesan

Apa Pesanan Ibu Bapa dan
Maklumbalas dari Mereka

Kos & Jadual Kelas

Sebelum Kita Pergi Kepada Formula Kejayaan

Tuan/Puan, sebelum kita pergi ke bahagian seterusnya iaitu tentang Formula Kejayaan, saya tahu ada dua perkara yang biasanya bermain dalam fikiran ibu bapa.

👉🏽 Kos & Jadual Kelas.

Itu normal. Sebagai ibu bapa, kita memang perlu kira dan rancang. Izinkan saya jelaskan dengan sangat jelas supaya tiada kekeliruan.

Struktur komitmen dalam program ini ada 3 sahaja.

1

Langganan iLearnAce

Ini ialah pelaburan pendidikan anak yang pertama yang saya akan minta tuan puan buat dalam program ini.

Tuan puan boleh pilih langganan 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan. Apa sahaja tempoh langganan, kosnya sekitar:

RM1.05 sehari

Lebih lama tempoh langganan, lebih mudah pengurusan pembelajaran anak.

2

20 Video Asas

Rakaman video ini dibuat pada tahun 2025 dan dijadikan sebagai bahan belajar Flipped Learning supaya kelas tidak perlu diulang berkali-kali.

Tuan puan boleh beli 20 video sekaligus:

RM5 x 20 video = RM100

Atau beli satu persatu pada harga RM5, mengikut kelajuan tuan puan dan anak sendiri.

Program KIBAD-KID ada 5 Levels. Berapa cepat anak naik level akan menentukan berapa banyak video yang perlu dibeli setiap bulan.

3

Kelas BOSS

Akhir sekali ialah Kelas BOSS, iaitu kelas bimbingan yang membantu anak terus berlatih, bertanya dan konsisten dalam persediaan.

Untuk bahagian ini, sila rujuk jadual kelas yang disediakan di bawah.

Jadual ini akan membantu tuan puan memilih kelas berdasarkan umur, tahap anak dan kemampuan mingguan keluarga.

Ringkasnya, Komitmen Ini Boleh Dirancang

Program ini tidak dibina untuk membebankan keluarga, tetapi untuk membantu ibu bapa membuat keputusan dengan lebih jelas. Tuan puan boleh susun langganan, video asas dan kelas mingguan mengikut kemampuan serta keperluan sebenar anak.

Seterusnya, sila rujuk jadual Kelas BOSS di bawah untuk melihat pilihan kelas mingguan.

Contoh Jadual Week 10 — Kelas BOSS

Yuran Kelas BOSS Direka Supaya Realistik & Terkawal

Jadual Week 10 ini digunakan sebagai contoh kerana ia merupakan jadual tipikal Kelas BOSS untuk persediaan menyeluruh mengikut format PKSK.

Struktur Kelas Mingguan

  • Keseluruhannya ada 9 kelas berbeza untuk persediaan menyeluruh mengikut format PKSK.
  • Ada hari tertentu kelas dipecahkan mengikut umur seperti KIBAD14, KIBAD15 dan KIBAD16.
  • Ada juga hari kelas digabungkan untuk semua pelajar melalui sesi KIBAD-All.
  • Setiap kelas hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja.
  • Jika ambil semua kelas untuk anak, jumlahnya ialah RM5 x 9 kelas = RM45 seminggu.
  • Minimum pembelian ialah 2 kelas seminggu, bersamaan RM10 seminggu.
  • Ada kelas yang mempunyai syarat kemasukan dan ada juga yang tiada syarat. Maklumat lanjut akan diterangkan kemudian.

Anggaran Komitmen

Ibu bapa boleh memilih kelas mengikut kemampuan keluarga dan keperluan anak.

RM70–RM100 / bulan

Secara purata, komitmen bulanan berada sekitar RM70 hingga RM100 sahaja, bergantung kepada jumlah kelas yang dipilih setiap minggu.

RM10 / minggu Minimum 2 kelas seminggu untuk kekal konsisten.
RM45 / minggu Jika ambil semua 9 kelas dalam jadual mingguan.
RM5 / kelas Bayaran rendah supaya lebih mudah dirancang oleh keluarga.

Bukan Tentang Bayaran Besar, Tetapi Tentang Konsistensi

Tiada pakej ribuan ringgit. Tiada caj tersembunyi. Tiada kontrak panjang yang memerangkap. Program ini direka supaya komitmen kewangan kekal realistik dan terkawal.

Namun, perkara utama yang membezakan kejayaan bukanlah jumlah bayaran. Faktor pembeza yang sebenar ialah konsistensi anak mengikuti kelas.

RM70 sebulan tidak akan membawa perubahan jika tidak digunakan. Tetapi RM70 yang digunakan secara disiplin boleh membantu mengubah perjalanan pembelajaran anak.

Adakah Komitmen Ini Sesuai Untuk Keluarga Tuan Puan?

Jika tuan puan rasa komitmen ini sesuai dengan kemampuan keluarga, kita boleh teruskan ke langkah seterusnya. Jika belum sesuai, tidak mengapa. Kami lebih suka keluarga yang benar-benar bersedia daripada yang masuk tanpa perancangan.

Saya Berminat Untuk Teruskan

Bagaimana Sistem Ini Berfungsi

Belajar Melalui Aktiviti

Anak Anda Akan Belajar Daripada Aktiviti

Dalam KIBAD-KID-BOSS, anak bukan hanya dengar kelas semata-mata. Mereka akan belajar melalui aktiviti yang membantu membina kefahaman, disiplin, keyakinan dan persediaan sebenar untuk PKSK.

1
UMI – Ujian Mingguan iLearnAce
2
Kelas Zoom BOSS
3
Buat Soalan PA Sendiri
4
Kuiz Simulasi PKSK
5
Buat Nota Peta Minda Sendiri
6
Aktiviti Magic Wall
7
Aktiviti Magic Files

Selain Itu, Anak Juga Akan Dibimbing Melalui:

Tonton Video Asas
Flipped Learning melalui 20 siri video asas supaya anak boleh belajar mengikut kelajuan sendiri.

Analisis Data
Anak dipantau melalui perkembangan daripada Lautan Merah → Hijau → Biru.

Borak Santai & Circle Sokongan
Anak tidak belajar seorang diri kerana ada sokongan, dorongan dan suasana belajar bersama.

Naik Level Secara Berperingkat
Anak bergerak mengikut tahap, bukan dipaksa belajar secara rawak tanpa arah.

Ini Bukan Sekadar Kelas. Ini Sistem Belajar.

Setiap aktiviti direka untuk membantu anak belajar dengan lebih tersusun, lebih konsisten dan lebih yakin dalam persediaan menghadapi PKSK.

Keputusan Batch KIBAD13 (Kemas kini 14 Jan 2026)

Jumlah responden: 282
198 berjaya masuk sekolah khusu (70%)
84 tidak berjaya (30%)


7 daripada 10 keluarga yang mengikuti sistem ini berjaya mendapat sekolah pilihan.

Disclaimer: Data masa lepas bukan indikasi hasil serupa masa depan. Setiap batch berbeza.

ANDA DALAM KATEGORI MANA

Anak Pertama

Ingin Menebus Kesilapan

Pernah Sertai Tapi Kurang Komitmen

Mahu Mengulangi Kejayaan

Tidak kira kategori mana tuan puan berada, keputusan untuk bermula secara berstruktur hari ini akan menentukan perjalanan anak esok.

Kelebihan dan Manfaat Program KIBAD yang sering dinyatakan oleh ahli KIBAD

SIAPA YANG SESUAI MENYERTAI PROGAM INI

Anda LAYAK Menyertai Program KIBAD-KID-BOSS jika :

Ibu Bapa Yang Mahu Terlibat

Bersedia memantau tugasan

Sanggup terus konsisten

Tidak mencari jalan mudah

Jika tuan puan hanya mahu mencuba tanpa komitmen, sistem ini mungkin bukan pilihan yang sesuai

Kenali Tenaga Pengajar

cikgu amir ht 2

Cikgu Amir

  • BSc Management Science – Manchester
  • Master of Education (TESL) – UPSI (2024)
  • Mengajar sejak 1991
  • Fokus PKSK sejak 2021
  • Pengasas KIBAD sejak 2015

Bagaimana Cara Mendaftar?

Program ini menerima penyertaan secara terpilih bagi memastikan setiap keluarga yang diterima benar-benar bersedia mengikuti sistem secara menyeluruh. Daftar Sekarang di bawah, sila pilih ikut darjah anak anda. 

DARJAH 4 (2026)

Daftar KIBAD16-KID (Anak Lahir 2016) = Program Persediaan PKSK 2029

DARJAH 5 (2026)

Daftar KIBAD16-KID (Anak Lahir 2015) = Program Persediaan PKSK 2029

DARJAH 6 (2026)

Daftar KIBAD16-KID (Anak Lahir 2014) = Program Persediaan PKSK 2029

Jika anda tangguh hari ini:

❌ Anak akan terus belajar tanpa teknik
❌ Ulang kaji masih tidak berkesan
❌ Tekanan akan meningkat bila peperiksaan hampir
❌ Anda mungkin menyesal kerana tidak mula lebih awal

Masa tidak menunggu anak kita.

Anda tidak perlu tunggu anak gagal baru bertindak.

Anak yang berjaya bukan yang paling pandai,
tetapi yang tahu CARA BELAJAR.

Mulakan dengan akses percuma hari ini.

Soalan Lazim

Program BijakKids ini sesuai untuk anak umur berapa?

Program BijakKids direka khas untuk murid sekolah rendah dan menengah, termasuk anak yang bakal menghadapi PKSK.

Teknik yang diajar bukan ikut silibus tertentu, tetapi cara belajar yang betul, jadi ia boleh digunakan:

  • Untuk semua subjek

  • Dari sekolah rendah hingga menengah

  • Walaupun silibus berubah

Lebih awal anak kuasai teknik belajar, lebih besar kelebihan mereka di masa depan.

Ya, sangat sesuai.

BijakKids bukan hanya untuk anak yang sudah pandai.
Ia direka untuk anak yang:

  • Cepat lupa

  • Susah fokus

  • Tak tahu cara ulang kaji

  • Bergantung sepenuhnya pada cikgu atau ibu bapa

Kami bermula dari asas teknik belajar, supaya anak:

  • Faham apa yang dipelajari

  • Lebih yakin belajar sendiri

  • Kurang rasa tertekan

Ya.

Walaupun BijakKids bukan kelas hafalan semata-mata,
teknik yang diajar sangat membantu persediaan PKSK, terutamanya:

  • Cara memahami soalan dengan cepat

  • Cara mengurus masa belajar

  • Teknik fokus dan kawal tekanan

  • Membina keyakinan diri anak

PKSK bukan sekadar pengetahuan, tetapi cara berfikir dan kesiapsiagaan mental.

Tidak.

Tuisyen fokus apa yang perlu dipelajari.
BijakKids fokus bagaimana untuk belajar.

Kami bantu anak:

  • Belajar dengan lebih berkesan

  • Kurang bergantung kepada tuisyen

  • Boleh ulang kaji sendiri dengan yakin

BijakKids adalah pelengkap, bukan pengganti tuisyen.

Tidak perlu.

Semua pembelajaran disediakan secara:

  • Video pembelajaran

  • Bimbingan melalui WhatsApp Group

  • Bahan sokongan digital

Anak boleh belajar:

  • Ikut masa sendiri

  • Ulang video bila-bila masa

  • Belajar dalam suasana yang selesa di rumah

Tidak.

Salah satu matlamat utama BijakKids ialah
melatih anak belajar secara berdikari.

Selepas anak memahami teknik:

  • Mereka lebih bertanggungjawab

  • Kurang perlu disuruh

  • Lebih konsisten belajar sendiri

Ibu bapa hanya perlu memantau secara ringkas, bukan setiap masa.

Itulah sebab BijakKids wujud.

Teknik yang diajar:

  • Mudah difahami

  • Praktikal

  • Sesuai dengan cara berfikir kanak-kanak

Kami fokus pada:

  • Attention span

  • Kaedah visual & struktur

  • Bukan ceramah panjang yang membosankan

Setiap anak berbeza.

Namun, kebanyakan ibu bapa mula perasan perubahan dari segi:

  • Sikap belajar

  • Cara ulang kaji

  • Keyakinan anak

Perubahan akademik adalah proses,
tetapi perubahan cara belajar biasanya berlaku lebih awal.

Sangat mudah.

1️⃣ Daftar Akses Percuma melalui borang
2️⃣ Terima eBook & video pertama
3️⃣ Sertai WhatsApp Group
4️⃣ Nilai sendiri kesesuaian untuk anak anda

Tiada bayaran untuk mula.